MEREKA THE BEST

Wednesday 3 June 2015

Mula Dari Bawah



Assalamualaikum n Selamat tgh hari ! Alhamdulillah akhirnya dapat jugak berblogging balik . Setelah sekian lama tak berblogging rasa janggal pulak nak menaip balik ni.*hehe*

Kini kehidupan aku lebih kepada seorang lepasan SPM yang sedang menunggu panggilan dari mana mana IPT.Sesungguhnya pengalaman lepas sangat sangat memberi pengajaran . Siapa kata seorang pelajar yang dulu nya semasa UPSR/PMR seorang yang cemerlang akan berjaya dalam SPM ? Dan tidak dinafikan juga bahwa orang yang berjaya dalam UPSR/PMR ini akan berjaya dalam SPM . Semua nya bergantung kepada diri sendiri . Namun aku redha dengan segala apa yang aku terima ini . Aku semakin percaya kata kata orang disekelilingku . "Doa sahaja tidak berguna juga kalau tiada usaha yang mengiringi doa mu " .

Tatkala ini semua sahabatku sedang bersiap sedia untuk megharungi kehidupan seharian mereka sebagai pelajar di IPTA , pelajar matrik dan ada juga yang ingin melanjutkan pelajaran di politeknik . Namun aku hanya mendapat tawaran untuk memasuki tingkatan enam sahaja . Siapa kata tkda  perasaan cemburu tengok kejayaan sahabat sahabat kita . Tapi itu lah kejayaan dan rezeki mereka diatas usaha mereka sendiri .

Hari hari akan datang akan aku lalui sebagai pelajar PRA-U . Dengan semangat baru dan azam baru yang aku guna supaya dapat membaiki hati yang pilu ini aku berharap sangat agar kali ini aku tak kecundang lagi dengan soalan soalan yang manusia buat tu .

Buat mereka yang akan menduduki peperiksaan tak lama lagi . Antara tips yang aku boleh bagi supaya korang korang tak menerima sama nasib dengan aku waktu ambil slip nanti . First make sure waktu korang pilih kelas *bagi budak lepas PMR* korang tolang lah pilih kelas yang korang yakin korang boleh buat dengan subjek subjek yang ditawarkan atau dalam kata lainnya korang minat dengan subjek subjek yang ditawarkan . Second , lepas dah pilih kelas kalau boleh duduk lah dibarisan paling hadapan dan duduk dengan rakan yang berapa rapat ini untuk mengelakan korang banyak bersembang time cikgu ajar dan dapat dengar dengan teliti apa yang cikgu cakap or senang cakap bagi korang fokus lah . Third , kerap bertanya and last sekali korang kena rajin buat latihan in sya allah korang boleh berjaya punya lah .

Tu saja yang dapat dikongsi buat masa ni . Jumpa lagi

'Sebanyak mana kau usaha , Sebanyak itu jugalah kejayaan yang kau dapat' - Farah Hanim

No comments:

Post a Comment

sila tgglkan jejak anda disini .. :)
komen tu gnelah ejaan yg smue boleh paham k .. ;)
komen yg baik2 je .. terima kasih sayangs :*